Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya bayi dalam pembuangan bayi dalam kalangan remaja di Malaysia.
- Pengaruh Rakan Sebaya
Faktor utama berlakunya permasalahan ini ialah pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana remaja mudah dipengaruhi rakan sebayanya. Hal ini bertambah teruk jika remaja sentiasa bergaul dengan rakan yang negative dan tidak bermoral. Rakan negatif mengajak remaja untuk melakukan perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya telah mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.
- Sikap Masyarakat
Selain itu, sikap manusia yang suka mengkritik dan menghukum turut menyebabkan masalah pembuangan bayi berlaku. Apabila seseorang remaja perempuan melahirkan anak luar nikah, maka pastinya masyarakat setempat menghina dan memandang serong padanya. Dengan secara tidak langsung, remaja perempuan pastinya dianggap menjatuhkan maruah diri dan keluarganya. Dengan itu, remaja perempuan berasa tertekan dengan bebanan yang ditanggung oleh seorang diri. Demi menjaga imej keluarga dan sendiri, remaja tersebut mengambil jalan mudah dengan membuang bayinya supaya tidak dipandang jijik dan hina oleh masyarakat.
- Kurang Didikan dan Kefahaman Agama

- Sikap Ingin Tahu Remaja

Kesan-kesan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja
- Kesan Kepada Bayi
- Kesan Kepada Bayi
![]() |
mayat bayi yang tidak berdosa akibat seks bebas telah dimakan anjing |
![]() |
seorang bayi dijumpai di atas tong sampah oleh seorang pemandu lori |
![]() |
Buang atas daun pisang bayi lelaki yang baru beberapa jam dilahirkan apabila ditinggalkan dalam keadaan bogel dengan hanya beralaskan daun pisang |
Dalam masalah pembuangan bayi, kesan utama kepada bayi. Bayi menjadi bebanan kepada pasangan-pasangan kekasih yang telah terlanjur dan tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab di usia yang masih mentah. Akibat daripada hilangnya sifat kemanusiaan dalam diri, bayi-bayi telah menjadi mangsa dan kesannya, semua bayi ini hidup tidak mengenali dan mendapat kasih sayang daripada ibu bapa kandungnya. Bayi-bayi tersebut terpaksa memikul gelaran anak luar nikah sepanjang hidup mereka walaupun mereka menjadi mangsa dalam keadaan masalah ini. Tambahan lagi, bayi-bayi ini masih kecil lagi dan tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada mereka. Selepas itu, mereka dibuang tempat-tempat yang terpencil dan jauh daripada pandangan masyarakat sehingga menyebabkan bayi-bayi yang tidak berdosa ini meninggal dunia.
- Kesan Kepada Ibu Bayi
Kesan kedua pula adalah kesan kepada ibu bayi berkenaan atau lebih tepat lagi pesalah. Hal ini sebab, semasa ibu bayi melahirkan anak, mereka tidak berada dalam keadaan dan situasi yang selesa dan mengizinkan. Tanpa persediaan rapi, ibu bayi pastinya mengalami jangkitan kuman yang serius, kecederaan semasa melahirkan anak, dan juga kehilangan darah yang banyak. Kebanyakannya, mereka melahirkan anak dengan menggunakan kudrat sendiri tanpa pertolongan pihak hospital dan lain. Selain itu, pesalah juga semestinya mengalami pelbagai masalah dalam diri seperti kemurungan ,hilang keyakinan diri dan masalah emosinya.
- Kesan Kepada Institusi Kekeluargaan
Di samping itu, akibat daripada pembuangan bayi, berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Apabila institusi sesebuah keluarga itu runtuh, keharmonian dalam kekeluargaan juga turut terkena tempiasnya. Hal ini disebabkan, ibu bapa berasa malu mempunyai anak yang sebegitu tingkah lakunya. Mereka menganggap anak seperti ini menconteng arang ke muka mereka. Apa yang bimbangkan adalah jiran sekeliling mereka akan memandang rendah dan hina terhadap keluarganya. Dengan itu, ibu bapa remaja yang terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini bergaduh dan menyalahkan sesama sendiri.
- Kesan Kepada Masyarakat
Selain itu, kesan yang terakhir adalah kepada masyarakat. Kes pembuangan bayi yang berlaku telah menjejaskan imej masyarakat sekeliling. Mereka berasa malu dan kecewa dengan apa yang telah berlaku terhadap remaja hari ini. Masyarakat telah menerima akibatnya hasil daripada kegiatan yang tidak bermoral ini dan secara tidak langsung telah menimbul persepsi orang luar tentang kredibiliti masyarakat setempat dalam membendung kes-kes.
Langkah-langkah mengatasi masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja.
Bagi mengatasi masalah tersebut, ibu bapa memainkan peranan yang penting. Ibu bapa perlu memberi perhatian dan bimbingan kepada anak mereka, memberitahu mereka sama ada apa yang salah dan apa yang betul. Menurut teori motivasi Maslow(1954)yang menyatakan manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat terlebih dahulu sebelum timbul keperluan yang seterusnya. Selain itu, kasih sayang ibu bapa kepada anak adalah sangat penting lebih-lebih lagi di peringkat remaja. sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak akan mencari kasih sayang dari orang lain seperti rakan-rakan. Di samping itu, ibu bapa merupakan orang yang penting dalam membentuk sahsiah diri anak-anak mereka supaya tidak terjerumus ke lembah maksiat seperti pergaulan bebas dan sebagainya.
Selain daripada itu, pihak sekolah juga memainkan peranan dalam menangani masalah ini, pihak pentadbiran sekolah perlu mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibu bapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari gejala sosial.
No comments:
Post a Comment