Wednesday, September 1, 2010

JENAYAH SIBER

          Jenayah siber atau jenayah maya merupakan jenayah yang amat luas bentuknya iaitu meliputi penggodaman simpanan maklumat dalam komputer, pencurian butir-butir peribadi untuk tujuan penipuan pencurian wang, penyebaran fitnah dakyah, propaganda penularan virus. Neuro Mancer yang dihasilkan oleh William Ford Gibson pada tahun 1984 telah mengungkap istilah “ruang siber”. Ruang siber bermaksud suatu ruang maya yang menyediakan komunikasi tanpa batasan dan rentas sempadan. Komunikasi melalui ruang siber ini menjadi begitu popular kerana mudah, pantas dan bebas. Mutakhir ini, beberapa aplikasi telah diperkenalkan di ruang siber, misalnya aplikasi komuniti seperti Facebook, Friendster, Myspace, aplikasi sembang-bual seperti Yahoo Messenger, dan aplikasi blog atau catatan harian seperti Blogspot dan Wordpress. Pada 8 Mac 2008, penggunaan blog telah dianggap oleh sesetengah pihak sebagai salah satu punca berlakunya “Tsunami Politik”. Jenayah siber ini juga bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi juga telah membelenggu negara-negara lain seperti Britain dan Thailand. Kini, penggunaan internet yang meluas telah membuka ruang kepada jenayah yang dinamakan jenayah siber. Jenayah siber banyak meninggalkan kesan buruk dan baik kepada individu, institusi syarikat, masyarakat dan negara.
           Implikasi negatif yang timbul daripada jenayah siber ialah menjejaskan urusan melalui talian (on-line). Kini frasa ayat semuanya di hujung jari anda menjadi begitu popular kerana kecanggihan teknologi maklumat mendorong kita untuk memilih sesuatu urusan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Justeru, apabila pihak bank menawarkan perkhidmatan talian atau dikenali sebagai perbankan internet maka ramai yang mengalu-alukan usaha ini kerana mengandaikan perkhidmatan ini akan menguntungkan mereka. Walau bagaimanapun, aktiviti jenayah siber yang semakin berleluasa boleh menyebabkan kita berasa takut untuk berurusan secara talian kerana nombor pin peribadi atau maklumat sulit seseorang berkemungkinan akan di ceroboh oleh penggodam. Tambahan lagi, menurut seorang pakar komputer, seseorang itu dapat mencipta laman web bank yang palsu dengan hanya memiliki sebuah komputer, internet, dan perisian pelayaran. Proses membuat laman web palsu ini juga hanya mengambil masa kira-kira selama dua jam sahaja . Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia (Cyber Security), Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri menyatakan bahawa sebanyak 2123 aduan jenayah maya telah diterima pada tahun 2008 iaitu meliputi kes penipuan, kes cubaan mengganggu, kod berniat jahat, ancaman penggodam, gangguan siber dan penafian perkhidmatan.

          Kesan jenayah siber juga akan merugikan banyak pihak terutamanya mereka yang hanya merupakan pengguna komputer. Mereka mengalami kerugian sehingga mencecah angka jutaan ringgit akibat penjenayah menggunakan teknologi maklumat koridor (ICT) untuk melakukan penipuan atau sebagai medium perjudian maya yang melampaui batasan wilayah. Gejala ini semakin menular dan melibatkan ramai orang termasuk golongan yang berpendidikan tinggi. Sebagai contohnya, penjenayah yang berselindung di bawah tiket ‘perdagangan wang asing’; atau ‘dagangan tukaran wang’ dan ‘jualan maya’ bergiat aktif melakukan penipuan terhadap penggunaan komputer. Misalnya seseorang pengguna itu diminta supaya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun melalui sesuatu laman web yang dikatakan menjalankan urus niaga itu tetapi sebenarnya urusan tersebut merupakan suatu helah. Aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti perjudian iaitu pertaruhan bagi sesuatu kejohanan bola sepak peringkat dunia juga kerap berlaku. Para pengguna pula tidak menyedari bahawa dirinya telah menjadi mangsa penipuan sehinggalah urusan tersebut telah berjalan dalam beberapa tempoh yang lama dan pengguna tersebut tidak dapat lagi mengesan laman web yang berkenaan, maka pada masa itu barulah pengguna mengetahui mereka telah terjerat.

          Jenayah siber yang semakin membimbangkan ini perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak antaranya oleh kerajaan. Oleh itu, negara kita, Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang siber seperti Akta Jenayah Komputer (Akta 563), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588),Akta Cakera Optik 2000 (Akta 606), Akta Tandatangan Digital (Akta 562) dan Akta Teleperubatan 1997 (Akta 564) bagi membendung permasalahan ini. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Datuk Abdul Hanan Alang Endut juga menyarankan kepada pihak kerajaan supaya menggunakan pendekatan tradisional serta sains forensik dan teknologi selain daripada hanya menggunakan komputer forensik serta mendapat kerjasama daripada Pusat Tindak Balas Kecemasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kebangsaan (NISER) untuk mengatasi jenayah siber ini. Walau bagaimanapun, kerajaan juga mengalami beberapa kekangan dalam membanteras penjenayah siber ini disebabkan kekurangan bukti kerana apabila seseorang itu dihadapkan ke mahkamah pengadilan, mereka pasti terlepas akibat kekurangan bukti yang kukuh. Hal ini menyebabkan penjenayah siber ini terus berleluasa kerana tiada undang-undang terperinci untuk membanterasnya.

           Selain itu, antara usaha lain yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini daripada terus berleluasa ialah penerapan pendidikan dan kesedaran tentang undang-undang siber. Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah berganding bahu untuk menerangkan kepada masyarakat tentang akibat yang diperoleh kesan penyalahgunaan internet di ruang siber. Usaha ini dijalankan supaya masyarakat di Malaysia mengetahui kebebasan menggunakan internet yang diberikan oleh kerajaan mempunyai had-had yang tertentu. Masyarakat juga harus sedar bahawa kebebasan dan tanggungjawab perlulah seimbang supaya teknologi maklumat yang sepatutnya digunakan untuk membantu pekerjaan seharian manusia tidak membawa padah dan akibat buruk kepada masyarakat lain. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab yang menjadi penjenayah siber ini juga perlu sedar tindakan-tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka sekiranya didapati bersalah misalnya seseorang itu akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Penerapan nilai- nilai moral dalam diri seseorang itu juga penting supaya seseorang itu akan sentiasa berada di landasan kebaikan maka penjenayah siber ini tidak akan wujud sehingga menjadi fenomena yang kritikal pada masa kini.

           Konklusinya, gejala jenayah siber ini haruslah dibanteras segera kerana kesan gejala ini telah mencetuskan pelbagai masalah misalnya menjejaskan hubungan politik, ekonomi dan sosial di rantau ini. Hal Ini kerana, penyebaran maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan melalui internet itu boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada kestabilan serantau dan global.

5 comments:

  1. mohon share di http://lokmanramli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas maklumat yang telah diberi kepada saya dan rakan yang lain...

    ReplyDelete
  3. Maaf terlupa pula,, Kerana maklumat ini dapat menjayakan Kem Jenayah Siber Buli..
    ThAnK YoU!!!!

    ReplyDelete
  4. kompeny jack777 ada kompeny yang sangat licik dalam hal2 penipuan kastemer.so di sini pada tarikh ini semua sistem komesil sila siasat link akta perjudian hari semua di lock dan dapati semua dateil orner utk megelakan jejala penipuan terus berlaku

    ReplyDelete